Penulis berhadap agar anak perempuannya yang belajar di universiti bijak menyesuaikan diri dan belajar dengan bersungguh-sungguh di bandar terutamanya dia yang terpaksa berjauhan daripada keluarga. Dengan kejayaan yang dikecap oleh anaknya, dia dapat mengembangkan sayapnya demi masa depannya yang lebih cerah. Sebaliknya, penulis berharap agar anaknya tidak mudah berputus asa lalu pulang ke pangkuannya. Hal ini dikatakan demikian kerana penulis mahu anaknya menjadi seorang perantau yang tabah menghadapi segala cabaran dalam kehidupan harian.